Thursday, October 18, 2012

:: Amad pula menamatkan zaman bujangnya ::


Okay, saya tahu saya dah tersedikit lambat untuk update berkenaan dengan wedding Amad yang telah selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya pada 6 Oktober yang lepas. Even dah 3hari duduk melepek sahaja di rumah mertuwe saya ni tapi 'feel' untuk update blog ni tak juga sampai2. Penat saya pujuk hati ini untuk cepat2 update.

Yer la kan, mana tahu tiba-tiba dah terberanak pulak. Sah2 la lagi lama blog picisan ini akan di abaikan begitu sahaja. Bila nak update pula, sah2 la masa tu semua menda saya akan update pasal Sayang saya, pengalaman bersalin lah, pengalaman berpantang lah yada yada yada. (fiuh, memandang jauh ke hadapan sungguh! haha)

Jadi, pada 6 Oktober yang lepas, Amad telah selamat di ijab kabulkan dengan Noor Al Fatihah di masjid berwarna biru di Kg Sura, Dungun, Terengganu. Yer, adik ipar saya oghang teganu jugak. Haha. Kawan umi cakap, umi pulun semua menantu terengganu. Bwahaha.

Takdelah semua, isteri adik saya Ayed tu orang Muor ape. Setakat ni kira, Johor 1, Terengganu 2 lah. Eh, dah macam football match pulak! haha.

Sekejap jek dah bulan Oktober. Masih teringat lagi masa awal2 saya berpindah ke Kuantan hari tu. Umi call confirm kan saya punya EDD sebab masa tu tengah nak fix date nikah Amad & Faa. Plan asal nak buat hujung bulan Oktober tapi bila saya bagitahu yang EDD saya pada 29 Oktober jek, terus umi mintak mak Faa untuk awal kan tarikh. Yer, majlis Amad & Faa adalah tertakluk kepada EDD saya. hehe.

Teringat juga sms umi pada 1/06/2012 yang berbunyik,

"Takpe, yg penting insya Allah Oct ni akan jadi tarikh penting bg umi sbb 1st week dpt menantu baru & minggu akhir dpt my 1st cucu...yey yey (ni sorak Tok Umi)"

Hehe, cute kan sms umi saya. Part last yang yey yey tu yg cute tu. heee.

Tup2, 1st week untuk umi dapat menantu baru dah pon selesai. So sekarang ni tinggal untuk umi dapat 1st cucu pulak lah untuk tahun ni! Aiyakk!!

Jadi, daripada mengelakkan diri saya untuk membebel dengan lebih panjang, apa kata kita layan gambar2 kahwin Amad & Faa ni dulu..............



"Aku terima nikahnya sebagaimana yang tersebut.."
Alhamdulillah, sah suami isteri.

Umi & Abah bersama menantu mereka yang ketiga..hee.

Another girl in da house...yippee!~





Muka Amad suci murni sey...ahaks.

Di pelamin nan indah di rumah Faa aka pengantin perempuan.

Pengantin setahun 9bulan yang lepas yang da jadi mak n pak buyong da pon.haha.

 Selepas akad nikah jek majlis bersanding terus berlangsung pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari. Alhamdulillah cuaca baik2 sahaja. Panas terik woo.. Tapi better la kan daripada hujan.hoho.

Parents in laws saya aka Mak & Walid pon join rombongan jugak. Bukan sahaja semasa bersanding malah semasa akad nikah pon mereka turut serta. Terharu saya dibuatnya.

 Seminggu selepas majlis sebelah perempuan, terus on majlis belah lelaki aka majlis belah keluarga saya. Majlis sambut menantu macam biasalah, keluarga saya buat kecil-kecilan sahaja. Buat kat rumah. Jemput kawan2 pengantin, sedara-mara dan jiran2 terdekat sahaja.

Majlis kali ni hujan turun dengan lebat nya pada jam lebih kurang12.30 tengah hari. Kesian pulak kat tetamu2 yang hadir. Ada yang air hujan jatuh dalam pinggan nasi kot. Isk. Tapi tetamu tetap datang tak putus-putus.

Tapi Alhamdulillah, semasa rombongan pengantin perempuan sampai sahaja pada jam lebih kurang 2.00 petang, hujan terus reda. Ala2 memberi laluan kepada mereka gittew. Sempat lah reda dalam sejam lebih pastu hari mula gelap semula. Tak apalah, hujan rahmat la kata kan. Hoho.

Majlis belah kami kali ni tak ada pelamin pon. Just makan2 saje. So, enjoy these picas laye...








Ada cheese tart esp made by Yun (adik ipar), fruit tarts, apam polka dot, kuih lopez..
pergh, semuanya favourites saya!! nyummeh!~

Abah selaku tuan rumah melayan rombongan pengantin perempuan.


Ehem, semoga aura baby cepat2 lekat kat korang laye...hee.

Masa majlis Ayed dahulu, badan saya lemah sebab baru lepas miscarriage. Kali ni pon saya tak terdaya nak tolong umi sangat sebab saya dah sarat mengandung dengan usia kandungan 37 minggu! Kesian Umi. Saya tolong mana-mana yang saya mampu sahaja lah. 

Setiap kali saya ke hulu ke hilir, Hubby bagi signal dengan jelingan suruh saya duduk jek jangan banyak jalan macam orang takdak perot.uhuk. OK. OK. Signal mu diterima Abang. Hehe.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis kedua-dua belah pihak. Ahmad & Faa akhirnya dah selamat pon disatukan. Cuma yang sedihnya Ayed tak dapat turut serta untuk kesemua majlis kerana terpaksa bertugas di off shore sana. Yun, isteri Ayed bagitahu yang Ayed tersangatlah frust sampai Ayed boleh terus hilang mood bila Yun cakap pasal majlis Amad sewaktu mereka berhubungan di telefon pada hari kejadian. Isk. Isk. Kesian Ayed...

Bagi pihak saya pulak, beribu kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Esa kerana dapat sama-sama memeriahkan dan turut serta dalam semua majlis Amad walau dalam keadaan sarat sebegini. Alhamdulillah Sayang saya masih behave berada dalam perot diam-diam sebab nak kasi chance kat mama dia join semua event yang ada. Hehe. 

Yang bestnya, saya masih mampu untuk travel dari JayBee ke Kemaman semula selepas majlis selesai di JB. Oh yer, saya dah mula cuti untuk bersalin dah. Memang ambil cuti awal 2minggu sebab takut-takut tak larat nak balik semula ke Kemaman dari JB nun.

 Umi & Abah pulak kelaka nya la hai. Apabila mereka tahu saje yang saya dah mula cuti, tiba-tiba jek buat ayat suruh saya stay JB sampai saya bersalin karang! ngee.

Padahal masa awal2 saya nak buat keputusan nak bersalin di mana, mereka punyalah beriya suruh saya bersalin kat Kemaman sajek supaya Hubby dapat sentiasa bersama saya. Gaya mereka macam rileks jek. Tup-tup bila harinya bakal tiba, buat hint sedemikian rupa pulak! Sampai saya pon serba salah jadiknya dan hati jadi berbelah bahagi. Isk.

Siapa taknak bersalin dan berpantang dengan mak sendiri kan? Duduk di rumah keluarga sendiri. Tapi apa yang saya utamakan adalah Suami saya. Kalau lah Kemaman-JB jaraknya hanya satu jam sahaja, memang confirm saya stay jek kat JB tu sebab anytime suami saya boleh shoot balik JB. Tapi malangnya jarak JB-Kemaman bukan sedemikian rupa.

Hubby izinkan jek saya untuk stay di JB. Even untuk bersalin di sana sekalipon. Tapi hati saya sendiri ni ha yang kuat katakan saya perlukan beliau di saat-saat genting itu tiba nanti. Itu yang penting. Lepas2 tu saya memang confirm akan balik JB jugak. Al maklumlah, cuti 3 bulan lah katekan. Ahaks!~

Setelah fikir punya fikir dan keputusan yang hendak dibuat agaklah terlambat sebab, satu hal pulak nak kena cari tiket untuk Hubby balik Kemaman on the spot sendirian, saya pon dengan cekal hatinya decide untuk ikut Hubby pulang. Tak sampai hati nak biarkan beliau balik keseorangan. Nak tata beliau naik bas sendirian. Kalau beliau drive keseorangan jauh sekali saya sanggup tengok. Isk. After all, tempat seorang isteri adalah sentiasa bersama suami nya kaann?? =)

Takpelah, Insya Allah, masa nak deliver nanti, Umi & Abah akan tetap datang ke Kemaman untuk menjenguk saya dan cucu sulung mereka (~_^). Jadi, umi & abah akan tetap berada di samping saya masa saya bersalin nanti. Insya Allah....

Eh, panjang pulak cerita perihal saya. Ini entry perihal Amad yang baru menamatkan zaman bujangnya lah. Hehe.


So, ehem-ehem, ucapan dari satu-satunya kakak mu ini adalah seperti berikut...

"Selamat Pengantin Baru Ahmad & Faa! Semoga berbahgia hingga ke syurga. Barakallahu Lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Baina kuma Fil Khair.. Semoga mahligai yang dibina diberkati Allah selalu hingga ke syurga Nya, Insya Allah. Semoga kasih sayang antara kalian akan tetap kekal utuh selamanya. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah. Kakak sayang korang!~"



No comments:

Post a Comment