Wednesday, September 26, 2012

:: Sepupu Saya Kahwin ::


Assalamualaikum!~

Memandangkan saya tengah kebosanan di petang Ahad berada di rumah mertuwa dan suami saya bekerja, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk meng update blog saya yg serba sederhana ini di samping menjadikan ia sebagai kenangan untuk saya tatapi pada masa akan datang..(Apa aku merepek ni??)

16 September yang lepas merupakan Hari Malaysia. Jadi cuti umum la apa lagi? Oleh sebab itu, Hubby saya pon cuti jugak..Rezeki saya, pada minggu tersebut juga Hubby kena bekerja pada hari Jumaat, jadi beliau boleh lah gantikan cutinya dengan hari Sabtu, 15hb tu.

Jadi dengan senang lenang lah saya boleh mengheret Hubby pergi ke Nilai untuk sama-sama memeriahkan suasana sepupu saya iaitu Hana yang bakal menamatkan zaman anak daranyaa dengan seorang jejaka dari Shah Alam, ahaks.

Bila dah duduk Kuantan ni, saat2 untuk bertemu dengan Umi, Abah dan adik2 adalah yang paling di nanti2 kan. Hari Isnin minggu tersebut saya dah excited lain macam dah. Hee.

Memandangkan hari Jumaat Hubby bekerja, jadi kami pon bertolak ke Nilai pada hari Sabtu pagi. Nak buat macam mana, sekarang ni saya dah tak boleh diharapkan untuk drive jauh lagi dah. Even pada awalnya Hubby bagi2 hint suruh saya drive sebab beliau kepenatan tapi apakan daya, perasaan kasihan dan simpati dari beliau terhadap saya lebih menebal, jadi beliau pasrah ajek lah untuk drive selama lebih kurang 5jam tu. (-_-)

Kami bertolak pada jam lebih kurang 9 pagi. Plan untuk breakfast on the way. Singgah breakfast before masuk ke Highway LPT. Dah alang2 nak ke KL tu, Hubby pon nak singgah beraya ke rumah bekas rakan sebiliknya semasa belajar dahulu di Bentong. Rakan yang dah banyak membantu beliau, di samping sanggup datang ke kenduri kahwin kami semasa resepsi di Kijal pada Mac tahun lalu. Huu~

Lepas habis beraya di Bentong, kami terus shoot ke Nilai. Sampai Nilai dah waktu Asar. Mana taknya, kat KL jam gilerrr... Giler pon tak macam tu..(tetibe) What do you expect, cuti 3 hari kan. Sah2 la semua orang ada plan nak jenjalan lah, balik kampung la yada yada. Bukan kata jam dari Pantai Timur ke Selatan jek, dari Selatan ke Pantai Timur pon jem jugak mak enon oi..huhu.

Saya ni dahla tak keruan dah nak jumpa Umi, Abah dan adik2. Tapi lambat pulak la hai stuck kat KL tu. Tak pasal2 sejam lebih buang masa macam tu jek. Uhuk.

Kami selamat sampai rumah mak uteh pabila Maghrib menjelma. Uhuu~

Malam tu, terus shoot ke rumah Mak Uteh sebab Umi, Abah dan adik2 ada kat sana. Nak tolong apa2 yang patut kengkononnya. Tapi time tu dah tak ada apa sangat dah nak kena buat. Semua benda dah settle. Malam tu saya hanya tolong potong daun pandan jek untuk tambahkan koleksi pot pouri sebagai doorgifts. Ahaks! Eh ada lagi satu, pakai kan inai di jari pengantin. Haha. Alah, pakai iniai yang instant tu jek. Almaklumlah, kazen2 lain belum kahwin lagi jadi saya yang kengkonon ada experience ni lah yang kena lead the team untuk pakai kan inai. Hee~

Malam tu, kami sekeluarga di beri sebiji rumah sebagai homestay. Tapi malangnya hanya master bedroom jek yang double bed. Lagi 3 bilik semua katil single. uhu. Ayed yang bini nya iaitu Yun yang dalam keadaan demam pada masa tersebut terpaksa terjah mana2 hotel berdekatan untuk over nite. Saya ni memikirkan nak bersama dengan Umi, Abah semua, sanggup ajek share katil single tu dengan Hubby, even dengan perot yang sebegini. Nasib baik Hubby jenis yang tak cerewet, beliau okay sajek..=)

Malam tu, Hubby yang letak kepala atas bantal jek terus lena diulit mimpi akibat terlalu lah penat driving sehari suntuk telah saya biarkan untuk merehatkan badannya itu. Saya pulak turun bawah untuk join Umi, Abah dan adik2 lain di ruang tamu. Alang2 ada future doctor in da house aka Moks, saya pon hulur2 kan lah kaki yang bengkak ini minta diurut. Sekali sekala kan apa salahnya. Moks pulak layan kan lah kakaknya yang ngengada ini urut kaki. Sebelah lagi kaki umi yang urut..Hee~

Lepas tu Moks dengan excited nya di samping hendak menge test ilmu nya yang dah pernah cek2 perot orang plak suruh saya baring. Akibat malu dengan keadaan perut yang banyaknya la hai stretch marks ni, saya pon suruh Moks cek beralaskan kain batik yang saya pakai tu jek. Tak payah bukak perot. Huu~
(Walaupun Moks juga ada stretchmarks akibat perot nya yang boyot, tapi saya tetap malu.haha)

Moks kengkononnya nak cek saiz dan posisi Sayang saya dalam perot ni. Tekan sana tekan sini. Dia cakap rasa macam kaki, tapi kepala nya tak jumpa2. Haha. Reti ke idak ini bakal doktor ni? Haha. Umi pulak dengan risaunya memesan, 'Elok2 cek. Cucu Aku tuu.." Hee.

Tapi malangnya, Moks tidak juga berjaya untuk mengesan kepala Sayang saya. Sayang saya nak main nyorok2 tu dengan Pak Tam/Andak/Teh/Uda/Anjang diyee..Hee~

Esoknya adalah hari besar buat Mak Uteh sekeluarga. Alhamdulillah, semua adik beradik Umi datang pada hari tersebut. Mak Long, Mak Alang (umi), Ayah Ngah, Cik Eli, Mak Anjang & Ayah Su! Semuanya datang sekeluarga. Seronok sangat dapat jumpa semua saudara mara. Kira okay lah kan sebab dapat jugak jumpa pada hari terakhir di bulan Syawal. Hee~

Upacara Akad Nikah berlangsung pada pagi 16 September tersebut pada jam lebih kurang 10 lebih pagi. Alhamdulillah, Hana telah sah menjadi isteri kepada En Emri dengan hanya sekali lafaz yang teramatlah jelas. Hee~ Dalam sekelip mata jek Mak Uteh dah dapat menantu. Ahaks.









                                   - Dup Dap Dup Dap DUp Dap -

                                         - SAH bergelar suami isteri...=) -


Majlis resepsi berlangsung pada jam lebih kurang 12 tengah hari.




Umi & Abah ditugaskan untuk menyambut tetamu di bahagian hadapan khemah. Mereka bertugas dengan begitu komited sekali sampai kan saya yang asyik lah lepak di dalam rumah ni pon sekali sekala jek nampak kelibat mereka dari jauh. Huu~



- Umi dengan anak menantu dan juga menantu saudara yang baru (eh, ada ke panggilan cmtu? haha) -


Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan meriah sekali. Kawan2 mak uteh pon ramai lah yang datang. From all over I guess. Saudara mara pon sama. Yang datang dari Kelantan pon ada. Best!~

Dalam pukul 3lebih, mata saya dah kuyu sangat dah.. Badan pon dah terasa sangat lemah. I need to lie down. Hubby mintak Aisyah, my lil sista bawakkan saya naik atas untuk cari bilik untuk saya landing. Aisyah pon dengan gaya yang dah boleh jadi kakak dah tarik tangan saya naik atas. Hee~

Well, time tengah pregnant nilah boleh manja2 dengan Sya taw. Kalau nak mintak tolong apa2 dengan dia sekarang ni, cakap jek. Even dia macam malas nak buat tapi dia akan buat jugak. Kesian kat Kakak nya yang tengah memboyot ni kot. Ahaks. So I'm pretty sure She will be a very responsible Cik Su kepada Sayang saya nanti. By the way, umur Sya baru 9 tahun. Or should I say, sudah 9 tahun sebab macam cepat jek dia membesar jadi anak dara. Huu~

Setelah dapat landing dalam sejam. Elok2 saya nak siap2 turun ke bawah jek, Hubby pon call ajak snap gambar family. Oh instinct kami memanglah kuat. Hehe. Kesian Hubby, beliau pon patut rest jugak sebenarnya sebab nanti nak kena drive balik Kuantan pulak. Esok nya beliau bekerja. Saya yang cuti yer lah. huu~

Setelah selesai snap gambar apa semua dan makan buat kali ke 2, kami pon mula menarik diri untuk gerak ke Kuantan pada jam lebih kurang 6 petang. Oh memang agak lewat tapi Hubby faham keadaan isteri beliau ni. Beliau bagi chance kat saya stay lama sikit dengan family saya. Uhuk. Thank You Dear Love!~


                                    
                           - US with the lovely bride..me at my 35 weeks!~ -

Masa dah nak gerak, saya pon salam2 lah dengan semua orang. Masa salam Umi tu saya control2 macho jek. Dalam kepala ni fikir, 'Takpe, tima Amad nikah 6Oct karang dapat jumpa Umi lagik". Jadi gembira lah sikit hati ini..Saya tahu Umi pon sedih dah nak berpisah dengan saya. Mana taknya, sekejap sangat jumpa. Masing2 busy dengan majlis kan.

Takpe, Insya Allah, in 3 weeks time, dapat jumpa Umi & Abah lagi. Yeayyy!~

So, to the newly weds, Selamat Pengantin Baru Hana & Emri!~ Semoga berbahgia hingga ke syurga~

"Barakallahu Lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Baina Kuma Fil Khair"..


                                      - Family Mak Uteh Saya -









 - Nik Adam Farhan, the pioneer of the 3rd generation of the WAHI's family..Insya Allah, My Sayang will be next in the line.. hee-


p/s: Oh ya, Hana & Emri, Cepat2 lah bagi cucu pada mak uteh yerr.. Mak uteh dah tak sabar nak jadi nenek dah tuu.. Wee~


No comments:

Post a Comment