Selamat Hari Raya korang!!!
Yer, saya tahu hari ni dah hari raya yang ke 13...(-_-) Tapi, masih dalam bulan Syawal kan? Jadiknya, tak salah la untuk saya wish anda semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & batin........
Dah sebulan lebih dah tak jenguk blog. Nak update tapi asyik kesuntukan masa...*haih*
Ada banyak menda yang telah berlaku sepanjang blog tidak di update. Meh saya nak recall satu2.
Okay, 14 Ogos yang lepas, iaitu 5hari sebelum Syawal tiba, kawan baik saya Huda telah selamat melahirkan puteri sulung mereka yang diberi nama Nur Alya Humaira'...=)
Alya telah selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.49 kg, sehari sebelum EDD nyaa..hee.
Nampaknya Alya memang saje tak mahu bagi mama dia beraya, sebab mama dia sebelum ni duk asyik pesan jek supaya keluar lepas raya sebab mama dia nak beraya dulu tapi apakan daya, Alya tak sabar lagi dah untuk melihat dunia. ahaks.
Tahniah buat Huda & Azmil kerana telah berjaya memegang status 'mama' & 'ayah'. Tak dapat bayang kan perasaan mereka setelah memiliki zuriat sendiri. Insya Allah, hujung bulan 10 karang saya dan Hubby pulak akan menyelami perasaan itu. Hehe.
Tak sangka betul, Huda yang kengkonon nya nak kahwin lambat lah sebab nak sambung belajar dulu itu ini, yada yada last2 antara geng2 kami, dia yang bergelar mama dulu. Oh sungguh tidak ku sangka. Saya pon kalah dibuatnya even saya kahwin dulu. Haha. Takpe, rezeki masing2 kan. Lagikpon saya akan menyusul kemudian. Tak lama lagi dah. Hoho.
Okay, seterusnya, pasal hari raya lah, ape lagik. Hehe.
Tahun ni, giliran untuk beraya di JB pulak! Horeyyy!!~
Mau nya tak excited, sejak saya berpindah ke Kuantan ni, kami belum berkesempatan untuk balik JB lagi kot. Awal puasa hari tu pon tak dapat balik oleh sebab kesuntukan kewangan. Maklumlah, masuk rumah nak beli itu ini, dengan nak sambut kehadiran 'our little precious' lagi, jadi amatlah banyaak memakan belanja. Sebab tu nak kena bajet elok2. Takpelah, yang penting raya dapat balik. Puasa pon dapatlah sehari sebelum raya tu berpuasa di JB.
Jumaat lepas berbuka kami terus shoot balik JB. Saya nak merasa sahur di JB jadi nak tak nak memang kena balik Jumaat malam tu jugak. Kesian kat Hubby sebab Jumaat tu beliau terpaksa bekerja. Saya ni, nak ambil cuti start hari Khamis pon dah boleh. huhu. Saya dah bagitahu beliau yang saya rela untuk drive balik JB memandangkan Jumaat tu saya cuti, dah puas berehat dah. Tapi apakan daya, Hubby tidak sanggup melihat isterinya yang boyot ini memandu. Jadi last2 beliau jugaklah yang drive balik ke JB. Dah sampai R & R Kulaijaya tu baru Hubby betul2 dah tak larat & mengantuk sangat dah. Jadi saya take over. Setakat drive selama 40 minit ajek lah. Ape kes? (~_-)
Perasaan masa on the way balik JB tu memang best sangat. Baru betul2 feel balik kampung bersama Hubby. Itulah perasaan yang saya damba kan selama ini. Alhamdulillah, dah pon Allah makbulkan. Syukur sangat2. Even hati ni sayu sebab tak dapat nak balik JB sebulan sekali setakat ni (atas alasan yang berbagai), tapi saya amat lah hargai saat2 pulang ke kampung halaman berjumpa umi, abah dan adik2.
Sahur untuk hari terakhir berpuasa tu semua adik2 saya ada kecuali Firdaus. Ayed yang pergi off shore hari tu pon ada sekali dengan wife nya Yun. Kalau Firdaus sampai awal sikit dah complete satu family bersahur bersama. huhu. Masa sahur tu seronok sangat sebab bergelak ketawa dengan adik2 saya. Semua nya gara2 Amad yang tak mahu dirinya di gelar 'Pak Ngah' oleh Sayang saya nanti. Lepas tu nak main pass2 pulak gelaran tu kat orang lain. Haha. Kelakar2.
Hubby siap tegur lagi yang sahur pagi tu saya sangat ceria, berbeza dengan sahur hari2 biasa. Hehe.
Last day puasa tu, saya cuba untuk tolong umi masak seupaya yang mungkin. Tak sampai hati tengok umi sorang2 di dapur dengan menu raya yang berderet hendak disiapkan. Yang bestnya, Hubby saya pon tolong sekali. Kami masak ayam sambal dan kuah kacang. Hubby tolong angkat2 dan kacau2 lah. Takpe, yang penting beliau sudi tolong. Almaklumlah, daripada beliau kebosanan tak tahu nak buat apa, ditambah dengan perasaan simpati terhadap isterinya yang serba tak larat ni, jadi beliau pon tolong memasak. Umi pon sengih jek tengok kami ketang ketung bersama di dapur.
Ayed pulak tolong isterinya Yun buat lepat. Rajin pulak budak tu tolong buat lepat. Lepat tu pon memang first time family kami nak buat sendiri. Selalu harapkan lepat Pak Ngah jek. Not bad la for a first timer, Yun dah kira lulus dah buat lepat. Saya pon tak reti. Hahaha.
Seronok betul sesi masak memasak kali ni. Umi pon nampak happy jek. Even kami takdelah tolong banyak sangat. Umi masak lagi macam2 kot. Rendang, serunding kelapa, nasi dagang, gulai ikan tongkol, serunding nasi dagang. Oh yer, saya masak lagi satu menu, Sayur lodeh. haha. Plus, buat acar timun untuk nasi dagang. Haha. Okay apa, not bad for an 8 months old pregnant lady.Heee.
Malam raya tu, Amad, Firdaus & Hubby tolong pasang pelita. Alah, pelita yang instant yang jual kat Tesco tu. Aisya yang sibuk2 nak beli kata Abah. hehe. Ayed & Yun pulak bertungkus lumus memasang lampu kelip kelap. Yang asal punya macam 'hidup segan mati tak mahu' dah.. Tu yang kena ganti baru tu. haha.
Saya dengan Aisya duk sibuk main bunga api & mercun pop pop. Tu pon main dari beranda rumah ajek. Huhu. Rutin malam raya macam biasa, gosok baju raya. Tapi kali ni saya memang tak larat dan tak mampu nak gosok kan untuk semua. Jadi apa yang terdaya digosok adalah baju saya, Hubby, umi, Abah & Aisya. Juga baju Ehsan setelah dia datang kepada saya dengan buat muka seposen. Tak sampai hati la pulak dibuatnya. huhu.
Ahad, 19hb Ogos 2012, Hari Raya Aidilfitri!~
Kali ni, saya nak pergi solat sunat raya. Sebab tahun depan saya maybe dah tak dapat nak pergi sebab nak kena jaga Sayang saya. Even macam tercungap2 jugak bersesak2 dengan orang ramai kat Masjid, tapi saya rempuh jua. Lagipon nak teman umi. Aisya taknak pergi. Bahagia tengok orang ramai sangat memenuhi masjid jamek Kg Melayu tu. Almaklumlah, nama pon KAMPUNG kan. Sah2 la ramai orang luar yang balik kampung di situ. Sebab tu masjid meriah. Cer pergi masjid kat taman2 perumahan kat KL tu, mesti lengang jek. Heee.
Selesai solat raya, kami sekeluarga berhimpun untuk membaca kan doa selamat. Kemudian, apa lagi, makanlah! heee. Raya kali ni, keluarga kami dah bertambah. Hubby saya dan Yun, isteri Ayed. Memanglah nak kena tambah lagi 2 kerusi kat meja makan tu. haha.
Yang bestnya, sebelum makan, saya dan Yun tolong umi pack2 kan makanan untuk diberikan kepada jiran2 dan orang2 rumah sewa kat belakang. Tapi kami pon dapat juga makanan2 dari jiran2. Elok2 makanan dah berkurangan jadi bertambah pulak! Hehe. Itulah yang dikatakan rezekiii.. hoho.
Selesai makan, aktiviti raya kami adalah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Kali ni dimulai dengan Hubby saya memandangkan beliau adalah yang paling tua! Weee. Moment sebak of course la bila bersalaman dengan Abah & Umi. Tapi rupa2 nya bila salam dengan Hubby lagi tak tahan sebaknya. Memang terus bercucuran air mata ni. Mana taknya, saya sedar diri ini banyak buat salah dengan beliau. Beliau pulak cakap beliau memang selalu maafkan saya. Siapa tak terharu?? (-_-)
Best dapat bagi duit raya pada adik2. (even bagi pada yang masih belum bekerja sahaja excluding Amad & Ayed) dan sepupu2. Cuma kali ni Hubby la yang bagi on behalf of us. Dengan saya mereka cuma salam sahaja lah.
Lepas salam2, aktiviti wajib kami apa lagi kalau bukan bergambar! Memang best sebab family kami complete. Tahun ni complete lah tapi bila tahun depan memang lompong2 jawabnya. Mana taknya, time tu Amad pon dah kahwin. Kalau nak kasi complete kena pakat2 dengan Amad dan Ayed supaya balik JB raya ke3. Baru boleh jumpe semua orang. huhu.
Okaylah, Sayang saya dah bergolek2 dah dalam perot ni. Dah rasa tak berapa nak selesa. Saya minta diri dulu laye. Till we meet again.........
Anyway, Minta ampun maaf atas segala salah silap yerr...dari saya yang serba kerdil ni dan Hubby, plus, Baby...=p
No comments:
Post a Comment