Monday, January 2, 2012
:: Getting back on my feet ::
Assalamualaikum semuaa...
Actually, Saya memang nak post something sempena 2012 menjengah tapi tiada kekuatan atau susunan kata yang sesuai lagi untuk diisi...
Sebelum apa2, saya nak ucapkan selamat tahun baru 2012...
Tahun 2012 ni hanya tahun masihi. Tahun yang kita biasanya cabut kalendar untuk digantikan dengan kalendar yang baru. Tahun yang kita biasanya letak tepi diari/planner yang lama dan ganti kan yang baru. Tahun yang mostly banyak benda kita akan tukar baru.
Tahun baru sebenar kita sudah tentulah tahun baru ma'al hijrah. Tahun ni saya tak sempat untuk buat apa2 post sempena Maal Hijrah kerana sempena Maal Hijrah jugak lah saya diduga dan diuji dengan satu ujian yang dikira hebat dalam hidup saya. Tarikh yang akan saya ingat sampai bila2 sebab masa tu tahun baru dalam Islam menjelma. Ketentuan Yang Maha Esa, siapalah kita untuk mengatakan tidak. Tapi saya percaya, dugaan yang diturunkan pasti terselit hikmah di sebaliknya. Hikmah yang hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita, hamba Nya yang kerdil ini.
Setakat ini, Alhamdulillah, saya sudah kembali seperti biasa. Banyak kesilapan yang telah saya lakukan akibat dari lemah dan tidak cekal menempuh dugaan yang menimpa. Banyak sebab yang membuatkan saya buat perkara yang tidak sepatutnya saya buat.
Akibat dari kesilapan2 itu, saya telah mengharungi saat2 paling getir dalam hidup saya. Saat di mana saya meletakkan kesalahan pada orang lain. Ntahlah, pada saat itu saya hanya mahu sedapkan hati saya. Hati yang tertanya-tanya macam mana saya boleh keguguran. Kerana nak sedapkan hati sendiri, saya lukakan hati orang lain. Hati ramai orang.
Tapi Alhamdulillah, suami dan umi saya tidak pernah berputus asa dan meletakkan noktah pada hubungan ini. Walaupun saya sudah melukakan hati mereka, mereka sentiasa memaafkan saya. Jauh sekali membuang saya jauh dari sudut hati mereka. Buat rakan sepejabat, syukur tidak terhingga, mereka jenis pemaaf. Mereka memaafkan kesilapan saya dan menerima saya semula seadanya. Walaupun begitu, kadang2 saya akan rasa 'down' semula apabila memikirkan betapa malunya diri ini atas perbuatan saya itu.
Banyak perkara yang saya belajar dari dugaan dan kesilapan yang telah saya lakukan. Saya akan cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik. Untuk lebih mendekatkan diri pada Nya, untuk sentiasa berfikiran positif, untuk sentiasa hargai orang2 di sekeliling saya dan yang paling penting, untuk sentiasa yakin dan percaya bahawa kesabaran kita satu hari nanti, Allah akan balas dengan kemanisan yang tiada tandingannya buat kita.
Apa yang telah berlalu, semestinya saya akan jadikan ia satu pengajaran dan iktibar dalam hidup ini. Akan saya ingati sampai bila2 untuk tidak sesekali mengulangi kesilapan yang sama.
Syukur yang tidak terhingga atas peluang yang diberikan buat diri ini. Insya Allah, akan saya gunakan peluang ini sebaik mungkin. Untuk cuba menjadi seorang yang lebih baik. Seorang anak, isteri, rakan dan paling penting, seorang Hamba yang baik dan bertaqwa.
Tahun 2011 merupakan tahun yang tidak akan saya lupakan sampai bila2. Tahun yang telah memberikan saya kemanisan dan juga kepahitan buat hidup ini. Yang telah mewarnai kehidupan saya, insan yang serba lemah dan kerdil ini.
Doakan agar hati dan fikiran ini menjadi lebih tenang agar saya dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan sebaik2 nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment