Wednesday, December 14, 2011

:: Saya berharap... ::


Di ketika ini, saya berada di Muar, di rumah seorang diri. Saya cuti sakit hari ini. Dari semalam. Isnin lepas saya mula bekerja setelah 2 minggu cuti sakit. Tapi nasib tidak menyebelahi saya apabila kes2 pada hari Isnin tersebut tersangatlah banyak. Sampai 30 kes! Nasib baik takde Bicara jek.

Pagi selasa, bangun pagi, sewaktu bersiap hendak ke tepat kerja, terasa kaki ini lemah sangat. Tak boleh nak berdiri lama. Badan pon dah rasa nak demam. Last2 saya decide nak ambil MC jek. Memang tak larat. Dah lah hari tu kes banyak, bicara pulak ada 2. Tak boleh, tak boleh. Huhu.

Banyak dugaan yang datang menimpa. Dahlah saya duduk berjauhan dengan suami. Jumpa sebulan sekali jek. Sampai sekarang tak dapat duduk sama lagi. Dah banyak apply kilang2 di Muar/Melaka untuk suami tapi satu pon tak ada respon apa2. Sedih betul saya.

Tengah bersedih sebab tak dapat duduk sama, dugaan seterusnya datang lagi menimpa. Saya keguguran. Badan pulak memang lemah masya Allah. Mungkin sebab tak cukup rehat. Mana taknya, saya keguguran seminggu sebelum adik saya Ayed nak kahwin. Memanglah penat. 2 minggu lepas keguguran, majlis di rumah saya pulak. Sikit sebanyak saya terpaksa tolong umi saya. Banyak benda nak kena buat. Tak sampai hati nak duduk,baring jek sedangkan orang lain duk mengemas rumah, buat itu ini etc.

Last2 bila naik kerja hari Isnin lepas, badan terus terkejut. Badan jadi lemah tak bermaya.

Pasal kerja satu hal. Di saat2 genting, hari2 kes penuh, masa tulah saya keguguran. Habis semua kes bicara/hujahan terpaksa ditangguh kan. Last2 bawa ke tahun depan la jawabnya.

Ntahlah, mungkin dengan cara gugur ini, Allah nak bagi saya rehat. Nak bagi saya tak payah buat kerja2 tu yang sememangnya sangatlah buat saya stress! Ntah2, saya keguguran sebab saya stress. Di samping kena angkat beg2 yang penuh dengan IP tiap2 hari ke mahkamah.

Moga2 ada mata yang nampak kesengsaraan yang saya alami dan ada tangan yang membantu.

Betul kata Tuan Asyrof,

"Tak perlu arahan keluar sebenarnya, kalau memang niat ikhlas nak tolong, boleh sangat nak tolong..........."

Tak apalah, Insya Allah. Allah itu Maha Adil. Mungkin kali ni adalah ujian/dugaan untuk saya dari Nya...

Tapi saya bersyukur sebab Majistret saya baik hati. Walaupun dia tu jenis workoholic dan kalau boleh nak cepat ajek habis kan kes, tapi kerana saya sakit, dia suruh saya bagitahu jek kalau saya memang tak larat nak buat kes. Dia boleh postpone. Alhamdulillah. Terima kasih sebab memahami. Walaupun die belum berkahwin. Huu~

Di saat ini, saya berharap sangat agar encik suami dapat pindah bekerja di sini agar kami dapat duduk bersama. Bila encik suami ada di sisi, sakit2 ada yang menjaga. Susah itu ini, ada yang boleh menolong. Bukan saya kata housemate saya tidak menolong, tidak sama sekali. Cuma tak sedap kalau asyik nak menyusahkan dia saja. Kalau suami lain cerita. Nama pon teman hidup, sehidup semati kan. Huhu.

"Ya Allah, murahkan lah rezeki kami. Berjaya kanlah suami ku untuk berpindah bekerja di sini agar kami dapat hidup bersama dan saling menjaga antara satu sama lain.Sesungguhnya hamba Mu ini amatlah lemah.Hanya pada Mu lah ku memohon dan berharap.......Amiiiinn..."

Kawan2, tolong doa kan saya yer. Tolong doakan agar suami saya dapat berpindah ke sini supaya kami dapat duduk bersama...

Sesungguhnya saya amat memerlukan suami saya di sisi, terutamanya dengan keadaan saya sekarang ni...


2 comments:

  1. Tin2 dearie,
    Remember, "Through every difficulty there is relief. Verily, through every difficulty there is relief"(Qur'an 94:5-6).
    Trillion hugss and du'as from Ummu Zuhayr.. =)
    Take care!

    ReplyDelete
  2. Not everything is about you..
    kadang2 kita kena tgk diri kita sendiri sebelum mempersoalkan kelakuan, tindakan dan niat orang lain...adakalanya apa yang kita dapat memang bukan milik kita.. Tapi Allah swt hanya nak menguji. Kita perlu belajar mensyukuri setiap nikmat, kesenangan dan paling penting ialah PERTOLONGAN yang telah dihulurkan walaupun ianya hanya sebesar kuman. Kadangkala kita perlu berhenti mempertikaikan apa yang kita tidak dapat atau apa yang kita gagal peroleh dari orang lain kerana hanya Allah swt yang tahu apa yang terbaik untuk kita dan apa yang kita perlukan. Sentiasalah Muhasabah diri...jangan letakkan bebanan atau kesalahan kepada orang lain..jangan kerap menyalahkan orang lain... Life is not a fairy tales story... berpijak pada bumi yang nyata dan kuatkan hati dan semangat supaya akan terus gagah menempuh dugaan yang bakal di lalui.. Wallahualam... Yang baik datang dari Allah Swt dan yang kurang dan buruk datang dari diri saya...

    ReplyDelete