Wednesday, February 6, 2013

:: 2 Tahun ::


Assalamualaikum semua...

4 Februari 2013. Maka genaplah 2 tahun atau 24 bulan 'masjid kecil' kami bina bersama.

Walaupun kami baru sahaja berpeluang tinggal sebumbung lebih kurang 7 bulan, terasa 4hb Februari 2011 baru sahaja berlalu. Terasa saat kami di satukan baru sahaja terjadi. Cepat sungguh jam berdetik, masa berlalu.

Untuk 2 tahun ini, kami sudah berTIGA!!

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Segala kesyukuran di panjat kan buat yang Maha Esa. Yang Maha Penyayang.

Atas segala-galanya.

Terutama sekali anugerah dan amanah PERTAMA yang telah diberikan buat kami suami isteri.

Walaupun abang/kakak Anas Fateh dulu hanya sempat berada dalam rahim ku selama 7 minggu.

TAPI,

Percaturan DIA adalah yang terbaik. Tidak di nafikan. DIA lah sebaik-baik perancang. Noktah.

Ya Allah, 

Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

Hanya pada Mu hamba Mu yang serba lemah dan hina ini pohon.

Kau rahmatilah ikatan perkahwinan kami ini. Hingga ke Jannah Mu.

Limpahkan lah kami dengan rezeki & rahmat Mu.

Jadi kan lah kami suami isteri yang soleh & solehah.

Teguh kan lah hati kami dalam mengharungi ujian Mu, agar hati kami sentiasa bersatu, dalam apa jua rintangan yang dilalui.

Tabah kan lah hati kami dalam mendidik dan membesar kan Muhammad Anas Fateh, agar menjadi hamba Mu yang bertaqwa, anak yang soleh.

Sesungguhnya hanya Engkau sahaja lah tempat kami memohon dan meminta.

Tiada yang lain.


They are My LIFE 





No comments:

Post a Comment