Wednesday, December 12, 2012

Berpantang

Assalamualaikum semua!~

Guess what? Hari ni saya dah hari ke 44 berpantang! Asyik buat entry dengan Sayang saya jek, rasa kekok pulak bila buat entry macam biasa.Hee.

Pejam celik pejam celik, 44 hari sudah berlalu. Maknanya Anas Fateh pon dah berusia 44hari. Alahai, baru 44hari melihat dunia. Itupon 2,3 kali jek keluar dari rumah, selebihnya duduk dendiam ajek lah kat dalam rumah. Itupon dia terbulat-bulat mata dia tengok keliling. Ololo Sayang Mama.

Okaylah, meh nak cerita pasal pengalaman saya berpantang. Untuk bakal2 ibu, insya Allah sedikit sebanyak boleh jadi kan panduan semasa kalian pula berpantang nanti.

Here we go..

Saya bersalin di Hospital Kemaman, selepas dibenarkan 'check out' jek, saya diambil oleh Hubby dan juga Umi & Abah dan pulang ke Kijal, rumah mertua saya, mak & walid.

Excited mereka. Cucu sulong la kata kan. Ahaks.

Maka bermulalah tempoh berpantang saya.

Bertungku

Awal pagi akan start dengan bertungku, tungku pakai besi yang panjang yang berat punya tu taw. Lepas dibakar atas api, ia akan dibalut dengan kain batik. Bertungku tu saya fokus kan kat area perut sudah semestinya. Tujuan nya adalah untuk membuang angin-angin dari urat2 yang sudah mengembang,buang darah2 kotor, tolak balik peranakan ke tempat nya di samping kecutkan ia kepada saiz asal semula.

Mandi dengan air rebusan tumbuhan2 herba

Lepas bertungku, memang akan terasa darah kotor keluar berderu.Huhu. Kemudian saya akan mandi. Mandi pulak saya disediakan dengan air rebusan tumbuh-tumbuhan herba bertujuan untuk segarkan badan ni. Dalam bilik kat rumah PIL tu tandasnya cangkung, sah2 la tak boleh pakai. Memang cari nahas lettew nak pakai tandas cangkung. Eden pon tak sanggup oi. Jadi terpaksa guna tandas yang duduk punya, bertentangan dengan bilik.

1st time mandi bestlah sebab Hubby tolong mandikan. Yer la kan, nak kena cedok air dari dalam besen, kan nak kena tunduk2 tu. Hari ke4 pulak tu. Memang jalan terkepit2 jek. Duduk pon macam robot jek. Uhuk. Tapi lepas2 tu mandi sendiri ajek lah. Tak sampai hati nak mintak Hubby mandi kan selalu, segan dengan family. Hee.

Oh yer, Hubby ambil cuti 1 minggu. Cuti free yang beliau dapat sempena isteri bersalin di burn kan begitu sahaja memandangkan saya bersalin pada hari cuti umum. Ceh.

Selesai mandi, titiskan ubat kuning dulu kat 'situ'. Oh time tu memang rasa seriau jek nak 'bukak' besar2. Tragedi kena jahit masih di dalam bayangan seram. Uhuk.

Berbengkung

Kemudian pakai bengkung. Bengkung ni adalah bertujuan untuk mengempiskan perut, mengembalikan saiz badan kepada bentuk asal (cewah) dan mengangkat peranakan kepada tempat nya yang asal semula.

Saya pakai bengkung yang ada tali panjang tu. Mustika Ratu & Sari Mas punya. Yang orang nak kena ikatkan untuk kita tu. Tak boleh buat sendiri. Kita hanya baring sahaja. Sebelum pakai bengkung, cumurkan dulu di bahagian belakang dan bahagian perut, air kapur dicampurkan dengan limau nipis. Yang sememangnya menghangatkan badan dan mengecutkan perut yang menggeleber ni.Huhu.

Untuk bengkung ni, masa Hubby cuti memang sah2 la Hubby yang ikatkan. Beliau buat macam ikat tali kasut jek. Ahaks. Bila beliau dah kembali bekerja, tugas terpaksa di pas kan kepada Mak. Oh malunya la hai mak tengok perut saya yang sangatlah banyak stretch marks. Buruks nya la hai. (-_-)

Tapi kalau saya complain dengan Hubby jek, beliau mesti tegur saya, 'Tak baik mengeluh, nanti2 lah fikir pasal perut tu,yang penting ayang sembuh dan sihat dulu". Oh, sweet tak Hubby saya? Hikhik.

Mandikan Baby
Untuk baby aka Anas Fateh pulak, tugas memandi kan dia dibuat oleh Mak & Wan aka Tok Wan & Nyang Anas Fateh.hihi. Lepas2 tu bila mereka dah mula ketang ketung di dapur, Anas Fateh yak, Mama nya jugak lah yang setel kannya. Masa Hubby masih cuti, tugas Hubbylah change kan pampers Anas Fateh. hehe. Even dibantu juga oleh saya sebab tugas itu nak kena buat dengan pantas dan cekap. Nak buat macam mana, Hubbby saya tu teliti orangnya. TELITI okay. Korang jangan salah faham pulak!

Makan & Minum

Okay, seterusnya, lepas pakai bengkung, saya akan bersarapan. Untuk orang dalam pantang ni, apa sangatlah yang saya boleh makan kalau bukan roti cicah air milo. Pagi, tengah hari, petang dan malam, mesti nak pekena air milo. Takpelah, milo kan 'milk booster'. Insya Allah, rezeki Anas Fateh, susu saya sentiasa ada untuk nya. Alhamdulillah. Selain roti boleh juga makan biskut cap ping pong tu kalau ingin kan kelainan. Haha.

Dah siap sarapan tu, kembali bertafakur di dalam bilik. Kadang2 bila ngantuk tu saya akan tidur. Maklumlah, malamnya dah berjaga menyusukan Anas Fateh kan, siangnya waktu dia tidur, saya pon amek lah peluang tidur sekali.Hoho.

Tengah hari, lunch di hari2 awal sememangnya nasi putih, ikan panggang dan sayur sawi masak air. Yer tak yer, dinner saya juga menu yang sama. Tak sangka jugaklah saya bertahan dengan lauk sedemikian dengan begitu lama.(-_-)

Bila hari dah petang, bengkung dibuka dan sesi bertungku dilakukan lagi sebelum mandi petang hari. Lepas mandi, pakai bengkung semula dan dinner pulak.

Untuk Anas Fateh, saya akan menyusukannya mengikut tahap keperluan dan kelaparannya. Memang tak lebih dari 3 jam, dia mesti akan menangis meminta susu. Masa 10 hari pertama, lepas jam 12 malam, Anas Fateh bangun tak menentu. Ada malam dia bangun 2jam sekali secara konsisten! Ada malam dia bangun tak menentu, selang sejam atau 2 jam, Ada malam yang setiap sejam secara konsisten pon ada! Bila paginya memang sah2 la mama nya mengantuk tahap dewa kan! Uhuk.

Tapi apa yang saya perasan, walaupun tidur saya tak menentu, maybe ada yang tak cukup pon, tapi Alhamdulillah saya tak ada lah pening2 kepala. Ada sekali tu jek badan rasa macam nak demam, tapi dah selimut & pakai kool fever cepat2, sehari jek dah kebah. Tak mo lah saya demam, nanti kesian kat Anas Fateh nak menyusu dengan saya. Huhu.

Set Berpantang

Untuk menguatkan badan dan memberi kan saya tenaga di samping mempercepatkan luka sembuh, saya pilih set berpantang + menyusu Shaklee. Tapi too bad saya tak amalkan sepenuhnya. Alfalfa & ESP saya tak start pon lagi sehingga ke hari ni. Alfalfa tu sebab Anas Fateh kena jaundis so tak boleh nak amek alfalfa tu dulu. Untuk ESP tu pulak, apa lagi kalau malas nak membancuh! haha. Takpe, yang tu saya aim untuk menyusu. Jadi bila nak naik kerja karang saya kena minum lah untuk meningkatkan produktiviti susu. Hehe.

Selain produk Shaklee, saya amalkan makan gel gamat untuk mempercepatkan luka sembuh. Insya Allah.

Jaundis

Ha, masa Anas Fateh kena jaundis tu, Alhamdulillah pada tahap yang tak seserius mana. Paling tinggi 191. Kalau dah cecah 205 memang dah kena warded dah. Nauzubillah. Lagi satu kalau darah saya jenis darah O pon dah lama kena warded jugak. Huhu.

Untuk kurangkan jaundis dia, kena selalu susu kan jek. Even dia akan tidur jek selalu sebab jaundis ni membuatkan bayi berasa penat sentiasa. Setiap 2jam kejutkan dia dan susu kan dia. Mak & Wan pula mandikan Anas Fateh dengan air bedak sejuk di samping sentiasa 'tungku' kan perut Anas Fateh dengan harapan tali pusat nya cepat2 luruh. Ha, jangan tak tau, tali pusat Anas Fateh luruh pada hari yang ke 17 tau. Agak lambat jugaklah. Sebab kalau tali pusat tu dah luruh maknanya jaundis baby pon dah takde. Fuh.

Lagi satu tak boleh bedung baby supaya baby sentiasa bergerak aktif. Biarkan kaki dan tangan nya sentiasa bergerak2 terkapai2 tu. Hee.

Pakaian

Pakaian wajib semasa pantang sah2 la kain batik dan stokin kan. haha. Kalau rumah jenis lantai simen ke marble ke apa ke, kena ada selipar jugak. Supaya bila kita buka stokin nak ke toilet tu kaki kita tak sejuk. Segala angin dan sengal2 dalam badan ni paling senang dapat dari kaki kita lah. Huhu. So kena make sure kaki kita sentiasa beralas. Tak jejak lantai yang sejuk. huhu.

Sembelit

Ha, yang ni saya rasa memang trauma bagi semua ibu2 dalam pantang. Ada kawan saya tu siap tak membuang sampai hari ke 13!~ Oh, kalah saya yang bukan jenis kaki u'uk tetiap hari ni.ehe.

Mana tak nya, makan dahla berpantang, pastu kebanyakan buah tak boleh nak makan. Saya selama ni pon bukan jenis hari2 punya tapi sebab suka makan buah takde lah sampai sembelit setiap kali 'nature call' tu.huhu. Lagipon takut nak teran kuat sangat sebab ada jahitan yang banyak tu kann.. Oh bayang kan lah betapa azab nyaa..Menangis dalam toilet sendirian sementara menunggu ia keluar.heh.

So, untuk elak sembelit ni, tips dari kawan saya adalah dengan makan buah kurma. Nurse ada pesan supaya makan buah oren tapi masa awal2 pantang tu saya kat rumah PIL kan, mak strict sikit so saya tak dibenarkan makan oren, takut sengal2 badan. Masa tu pulak tak tahu makan kurma boleh menolong 'melembutkan' so memanglah melalui saat2 yang getir setiap kali 'waktu itu' datang. Isk.

Pad & Breast Pad

Ha, pad tu korang tahu la kan apa kegunaan nya. Tapi standby lah dengan banyaak nya. Plus, beli panty liner jugak! Sebab bila nak dekat last2 tu, dah sikit2, tak berbaloi pakai pad. Huhu.

Breast Pad pulak bila susu dah banyak dan ia mula menitik2. Belilah yang washable & disposable punya. Masa saya kat umah PIL, pakai yang disposable punya ajeklah. Kalau tak leceh nak basuh, sidai semua. Cukuplah baju2 saya, baju2 Anas Fateh Mak dah uruskan. (-_-)

Ha, lagi satu, disposable panties pon penting. Beli banyak2 sikit. Yer la kan, awal2 tu darah tengah banyak kan, so memang kena tukar panties selalu. Jadi, kalau pakai yang disposable jek senang, tak payah basuh2 bagai. Plus, kalau kena basuh sah2 la Hubby kan yang kena buat, kita ni dilarang membuat apa2 kerja remember? So, kurang kanlah kerja Hubby yang ada banyak lagi benda lain nak kena buat time kita berpantang tu.Hoho.

Hari yang ke 20, Umi & Abah datang ke Kijal untuk ambil saya & Anas Fateh balik ke JB. Yeayy!! Yer la kan, bila lagi saya nak balik JB lama2 kalau bukan waktu pantang ni, vacation selama 90 hari! hehe.

Lagi pon saya dah kesian dengan Mak tu. Dahla 2weeks sebelum EDD saya dah 'berkampung' dekat Kijal tu. Time tengah sarat saya tak dibenarkan buat kerja sangat, i mean, tolong2 masak & jemur baju, apa tah lagi sesudah beranak! So, bila saya dah takde, Mak pon boleh rehat. Kesian kat Mak.

Yang best nya, takdir Allah swt, elok2 masa saya balik ke JB, seminggu selepas tu Abah undergo an operation. Operation kat kaki kanan beliau. Sebab ada urat yang terputus akibat terjatuh daripada tangga yang sudah reput about 2 weeks ago. Sebelum operation Abah dah dapat MC 15hari. Lepas dah operate dapat lagi sebulan! Haa, memang saing saya lah on vacation nampaknya! hee. Dapatlah Abah main dengan Anas Fateh sepuas2 nya. Hikhik.

Even dah lepas 44 hari ni, tak adalah semua mende lagi saya berani makan. Especiallay seafood. Yang tu tunggu 60 hari karang kot. Tapi hari tu adalah rasa 2 sudu aiskrim Snogurt! haha.

Okaylah, so far, saya rasa itu jek kot yang saya nak kongsi kan pasal pengalaman saya berpantang. Saya berpantang biasa2 sajek. Tak adalah strict sangat. Tapi apa2 pon tegas tu kena ada la. Sebab ia akan effect badan kita juga nanti in the future. Yer la kan, badan nak pakai lama, kena la jaga sebaik mungkin kalau boleh.




Anas Fateh Day 44 of Life!~







p/s : Entry ni ditaip pada 8/12/2012. Sebab dia panjang sangat, asyik tersedak2 jek nak siap kan. hehe.

 




3 comments:

  1. Cerita-cerita berpantang tu untuk diri sendiri sgt berkesan tapi utk anak tu je sebenarnya xikut petua org tua... actually bedung tu elak anak kengkang.. jgn kt die x aktif bile di bedung...die akan tdur dengan lebih lena kalo di bedung n xde la die asyik terkejut2 jer sbb dlm perut pun die aktif walaupun ruangan dlm perut tu sempit kan.... ni petua org tua...

    ReplyDelete
  2. zura: hehe. tulah, mmg tau purpose bedung tu..tp sbb kuning aritu kan, nurse yg suh bukak bedung tu..supaya baby dpt bergerak2..sy pon ikut kan ajek laa..hehe

    ReplyDelete
  3. Anak sy kunibg 254 mase dje 7 hari baru p check dekat hukm cheras..so foc cko xperlu duduk wad just balik bg bf Banyak2. .tgok pampers baby byk x die kencing..hari ke 9 baru tanggal pusat ..n kuning pon makin reduce...alhamdulilah

    ReplyDelete