Ha, hari ni Mama nak cerita pasal EBM pulak. Apa itu EBM? EBM adalah Expressed Breast Milk also known as Susu Mama! hehe.
Sebelum Sayang Mama lahir ke dunia ni lagi, Mama dah niat kan dalam hati, untuk susu kan Sayang Mama sehingga Sayang Mama mencecah 2 tahun! Insya Allah. Dari Sayang Mama dilahirkan, sehingga 6 bulan, Sayang Mama hanya boleh minum susu sahaja. Tidak boleh makan lagi. Jadi, Alhamdulillah, lagi 2 hari awak nak cukup 6 bulan, Mama dah berjaya susu kan awak dengan susu Mama sepenuhnya. Tiada susu formula atau susu lembu, air masak apetah lagi makanan. Hoho.
Terdapat banyaak sangat khasiat susu ibu ni Sayang Mama tau. Secara ringkas, boleh tengok kat gambar kat bawah ni jek. hehe.
Dalam Al-Qur'an pon ada dinyatakan bahawa hendaklah disusukan seorang bayi sehingga cukup 2 tahun.
Kiranya hak menyusu badan ni adalah hak setiap anak yang baru dilahirkan yang sepatutnya ditunaikan oleh ibu nya.
Ha, susu ibu ni, atau kita panggil EBM ni, ada cara handle nya yang tersendiri. Especially untuk ibu bekerjaya macam Mama. Nak kena belajar la cara2 handle EBM ni, tak boleh main redah jek.
Paling penting, memang lah lain dari susu formula/susu tepung/susu lembu.
Kalau susu tepung tu, setiap kali baby nak susu jek, bancuh susu tepung, air panas sikit, air masak pastu goncang2 dah siap untuk diminum. Tapi untuk EBM ni, amatlah lain benar cara pengendaliannya.
First thing, EBM kalau yang fresh punya, maksud Mama kalau yang lepas perah punya, boleh tahan pada suhu bilik sehingga 4 jam. Dengan syarat tak bagi baby minum lagi la. Kalau Sayang Mama dah start minum, kena habis kan dalam masa sejam. Ini untuk elakkan bakteria membiak once botol tu baby dah start hisap. Jadi, to be safe, setiap kali baby nak minum, letak la sikit2. Dalam 1,2 oz dulu. (baby umur 2,3 bulan)
Lepas tu, kalau dah masuk fridge tu, EBM boleh tahan sehingga 5 hari! Lepas tu kena masuk bahagian freezer punya. Bila dah masuk freezer, boleh tahan sampai 3 bulan!hehe.
Untuk stok susu Sayang Mama, masa dalam pantang hari tu, Mama mula buat stok masa nak masuk 2 bulan berpantang. Jadi, maksudnya, stok susu awak tu ada untuk sebulan lebih punya. Hoho.
Jadi, bila Mama dah start kerja, EBM yang Mama buat stok tu, Mama dah start pakai la satu-satu. Tengok pada oz setiap peket tu. Yer la kan, setiap hari, hasil nya tak sama. Ada masa yang rezeki awak lebih sikit, dapat lah lebih. Kalau tak, maintain jek lah dalam 10-15oz sehari masa Mama dalam pantang tu.
Setiap kali Mama balik dari kerja, kalau esok nya masih hari bekerja, Mama akan keluarkan 1 atau 2 peket EBM yang frozen punya, rendam dalam air, dalam satu bekas dan letakkan bahagian chill punya. Dengan harapan pagi esoknya dia akan cair. Bila dah cair, Mama akan tuangkan ke dalam botol2 untuk dibawa bekal ke rumah baby sitter awak Sayang!
Frozen EBM bahagian atas, reusable ice packs bahagian bawah |
Frozen EBM direndamkan dalam air semalam untuk di cairkan dan diletakkan di bahagian Chill |
Pagi2, EBM yg dah cair Mama akan masukkan dalam botol ikut sukatan supaya Cik Ina awak senang nak bagi awak minum. Yg last tu stok perahan semalam yg tak dibekukan yg hanya diletakkan di bhgn Chill |
Botol2 dimasukkan ke dalam cooler bag bersama 3 peket reusable ice packs supaya maintain sejuk! |
Yg polka dot utk ke rumah CIk Ina, Yg jalur2 mama isi reusable ice packs utk dibawa ke office Mama! |
Beg jalur2 Mama letak dalam beg hitam ni, bersama dengan breast pump Mama, spectra 3! |
Selalunya, untuk botol 1st, Mama akan letak kurang sikit sebab Cik Ina awak cakap, waktu pagi awak minum kurang dari waktu2 lain. Tapi untuk botol ke 2 hingga ke 5 punya, Mama akan letak amount yang sama. Ha, untuk botol 1st dan last (kelima) punya, Mama akan letak yang fresh atau yang tak di bekukan punya. Ha, apa sebab Mama buat macam gini? Ini adalah bertujuan agar SEKIRANYA awak tak habis minum botol yang last tu, Mama boleh simpan untuk bekal esok nya pula! hehe.
EBM yang dah dicairkan wajib habis kan dalam tempoh 24 jam. Kalau tak habis jugak, kena buang..hoho. So, bijak kan cara macam tu? Sah2 lah botol 1st sampai ke 4 awak akan habis kan punya bila kat rumah Cik Ina. hehe.
Okay, setiap kali Mama keluarkan frozen EBM untuk dicairkan, setiap kali tu jugak lah Mama akan buat stok yang frozen yang baru. Hasil dari perahan semasa Mama di office! hehe. Jadi, amount frozen EBM tu akan jadi statik jek lah. Tak kurang. Betul tak? Hehe. TAPI, lately ni, awak minum dah banyak, Setiap kali minum dalam 4oz. TAPI, hasil perahan yang Mama bawak balik antara 5-10 oz SAHAJA. sah2 la musim sekarang ni jumlah yang keluar tu lebih banyak dari jumlah yang masuk. Isk.Isk.
Takpe, Sayang Mama kan dah boleh start makan dah. So, bila Sayang Mama dah makan, Insya Allah demand susu awak takdelah banyak sangat. Maybe maintain jek. Itu Mama tak boleh nak cakap lagi, sebab awak belum start makan lagi.Hehe.
NOTA PENTING:
Frozen EBM TIDAK BOLEH dicairkan dengan microwave atau atas dapur. Ini untuk mengelakkan zat dan nutrisi susu tu hilang. Masa Cik Ina nak bagi awak minum pon, Cik Ina hanya akan rendam kan botol yang mengandungi susu tu dalam air suam sahaja. Air panas pon tak boleh.hoho.
Alhamdulillah, kat office Mama pon senang jek nak pam susu awak Sayang. Mama pulak ada cubicle sendiri so nak mengepam sambil buat kerja atau main internet pon boleh! Hehe.
Tips Banyak kan Susu Ibu
Haaa..nak banyak kan atau maintain kan susu ibu ni ada tips atau cara nya taw..
Tips paling asas dan penting sekali adalah BANYAKKAN MINUM AIR MASAK, at least 3liter air SEHARI. Logik la kan, nak hasil kan cecair, kene lah ada banyak cecair masuk dalam badan, betul tak? hehe.
Kemudian, EMOSI kena stabil. Tak boleh stress atau sedih2.
Sebabnya? Penghasilan susu ibu ni adalah disebabkan oleh hormon dalam badan ibu. Jadi, emosi kene lah okay supaya hormon pon okay supaya susu boleh di hasilkan! hee.
Thirdly, kenalah ada DEMAND. Tak kisah lah sama ada baby hisap ke atau pam. Sebabnya, dengan hisapan atau pam itulah maka rangsangan kepada hormon terjadi supaya susu dihasilkan.
Seterusnya, PEMAKANAN.
Pada Mama, sejak menyusu ni, Mama dah kurang kan minum air bergas. Nasib baik lah Mama ni memang sejak azali lagi kureng sikit air gas ni so pada Mama takde masalah sangat lah.
Then, kurangkan juga minum ais. Nak minum tu boleh tapi kena kurang kan.
Dari segi makan pulak, so far Mama takde lah makan makanan yang specific untuk susu contohnya macam lobak putih, barli bla bla bla. Boleh google, ada banyak jek list yang kan keluar nanti.hehe.
Cuma Mama ada jugaklah amalkan minum Energizing Soy Protein (EPS) Shaklee, makan alfalfa, virgin coconut oil (VCO) untuk generate susu. Semua ni hanya lah supplement semata-mata. Apa yang basic yang Mama cerita kan kat atas tadi tu yang paling penting. Kalau makan supplement berbalang-balang tapi yang basic tak buat, tak menjadi juga. hoho.
Tu je lah kot yang Mama nak cerita kan pasal EBM ni. Mama sentiasa berdoa agar Mama dapat susukan Sayang sampai Sayang mencecah 2 tahun. Harap sangat hajat Mama tercapai. Aminn!~
Okaylah, Insya Allah, lain kali kita berjumpa lagi yer di lain entry.
Salam Sayang,
-Mama-
p/s: entry siap ditaip pada hari 196 Sayang Mama dilahirkan ke dunia ni. So masa ni Sayang dah pon makan puri epal, brocolli, pear, kurma dan carrot. Oh dunia home made baby food adalah lebih luas dan menarik untuk Mama explore. Segala-galanya untuk kebaikan awak Sayang Mama..=)